3,000 Kerja Kosong Menanti Pesara Tentera – Ahmad Zahid

by Apih on June 28, 2012

   

Khamis Jun 28, 2012

3,000 Kerja Kosong Menanti Pesara Tentera – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,000 peluang pekerjaan diwujud untuk pesara tentera tahun ini melalui dua syarikat yang dilantik Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata salah satu syarikat itu turut menyediakan latihan kepada bakal pesara yang berminat untuk menubuhkan perniagaan sendiri.

Peluang pekerjaan di kedua-dua syarikat itu turut terbuka untuk bekas tentera yang bersara awal dan tidak mendapat pencen, katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil kepada 681 pesara tentera berpencen dan tidak berpencen yang menjalani kursus antara enam hingga 18 bulan untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan awam.

Ahmad Zahid bagaimanapun enggan menamakan dua syarikat terbabit.

Beliau berkata ini merupakan satu cara kerajaan menghargai bekas tentera dan bantuan seperti itu akan membantu mereka berdikari untuk jangka panjang berbanding bantuan kewangan yang biasanya bersifat sekali atau sementara.

Selain daripada bantuan seperti ini, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) turut memberikan bantuan kepada bekas tentera yang memperolehi pendapatan RM1,000 ke bawah seperti sokongan perubatan dan pendidikan untuk anak-anak mereka, katanya. - BERNAMA

  • Print this story
 
Ikuti Kami Di Twitter

{ 2 comments… read them below or add one }

Capt Ahmad Puad Bin Ismail ( Bersara ) December 17, 2012 at 5:39 pm

Dah register dgn persatuan bertahun-tahun untuk cari peluang kerja ….panggil pun tidak…beritahu kedudukan pun tidak …sampai sekarang tak ada kerja …apa kerja HEBP buat pun tak tau … silap siapa yang bagi pekerjaan kpd org yg tak ada idea untuk membangunkan bekas tentera. … pandai buat cerita dongeng je…. saya yakin ada ramai bekas tentera yg punya integriti, kualiti dan endurance yang baik untuk mentadbir atau menjalankan perniagaan …tapi tak mendapat atau tak diberi peluang … kami bekas tentera punyai kepakaran masing masing dan tak perlu simpati dan mengharap bantuan semata ….kami perlu diberi peluang dalam semua bidang pekerjaan dan perniagaan …. sebenarnya bekas tentera merupakan asset penting yang tidak ditadbirkan oleh pemerintah dengan sewajarnya.

Reply

Capt Ahmad Puad Bin Ismail ( Bersara ) December 17, 2012 at 5:46 pm

Whatever thanks to Mohdapih for your initiative to provide this blog….so I can wrote here. Regards.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge