Gambar Jet Peribadi Jackie Chan

Gambar Jet Peribadi Jackie Chan

Sebuah jet peribadi milik pelakon dan pengarah terkenal, Jackie Chan dipamerkan pada Pertunjukan Udara Singapura di sini pada minggu lalu.

Jet Legacy 650 itu yang berwarna putih, merah dan kuning diilhamkan daripada mitos haiwan naga dalam kepercayaan bangsa Cina.

Chan menjadi duta syarikat Embraer yang mengeluarkan jet itu. Jet itu mempunyai 13 kerusi dan berharga AS$31.5 juta (RM95.87 juta), lapor agensi berita AFP semalam.

Gambar Jet Peribadi Jackie Chan

Ia dipamerkan sebagai sebahagian daripada kempen promosi penjualan oleh syarikat Embraer.

“Asia Pasifik, seperti yang anda ketahui, merupakan satu pasaran yang semakin berkembang,” kata Presiden Embraer, Ernets Edwards.

Asia kini mempunyai bilangan jutawan kedua paling ramai selepas Amerika Syarikat, menurut kajian Pengurusan Kekayaan Merrill Lynch Global dan Capgemini. – Agensi

Incoming search terms:

  • mak nora danish restoran
  • Asyari J asni
  • gambar jet

Leave a Comment

Previous post:

Next post: